SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PERMATA DIDIK SKPN - MEMUPUK JIWA USAHAWAN DI AWAL USIA


30 June 2009

Sejarah

SEJARAH PERMATA DIDIK

SK PEKAN NANAS






















  • Ditubuhkan sejak tahun 2008 dan diterajui oleh 3 orang guru senior di SK Pekan Nanas iaitu Puan Hjh Noreha, Puan Arnizam dan Encik Mohd Halis.
  • Puan Hjh Noreha Bt Abdul Rahim merupakan guru pembimbing yang masih bersama dan merupakan tulang belakang kelab ini.
  • Pernah mendapat tempat ke-3 kategori Syarikat Terbaik Daerah Pontian seterusnya mewakili daerah Pontian ke peringkat Negeri pada tahun 2008
  • Menjalankan aktiviti jualan harian seperti makanan ringan ,menjual kad hari raya dan jualan khas hari guru .Syarikat ini mendapat keuntungan RM 1000 setahun.

  • Pada tahun 2009. kedua-dua senior telah berpindah dan kekosongan guru pembimbing telah diisi oleh dua orang guru aktif iaitu Puan Suraiti dan Puan Suhaila.
  • Bakal mewakili daerah Pontian pada tahun ini setelah memenangi 2 kategori iaitu tempat ke-3 kategori pembentangan dan tempat ke-2 kategori catur bistari.
  • Syarikat ini mempunyai ahli-ahli dan guru yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan kesungguhan dalam menggerakkannya.
  • Menjalankan aktiviti jualan harian dengan menjual roti sosej, dadih , roti sandwich dan makanan ringan yang berkhasiat dan memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM 18.00 sehari dan memiliki aset seperti kelengkapan dapur untuk memudahkan aktiviti jualan makanan dijalankan.
  • Mengambil peluang berniaga ketika hari sukan dan hari guru serta pernah mendapat keuntungan hampir RM 300 bagi satu jualan.
  • Mengendalikan pertandingan mewarna logo kelab didik dan mendapat sambutan hangat dikalangan murid-murid tahun 1 hingga 5.
  • Menjual majalah kuntum untuk murid-murid tahun 1 hingga 4.
  • Aktiviti-aktiviti jualan ketika hari sekolah ini dijalankan selepas waktu balik sekolah pada jam 12.30 tengahari.
  • Mempunyai pelanggan tetap dikalangan guru dan murid-murid SK Pekan Nanas serta mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbiran…… terima kasih semua….

HIDUP DIDIK!!!!

No comments:

Post a Comment