SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PERMATA DIDIK SKPN - MEMUPUK JIWA USAHAWAN DI AWAL USIA


02 July 2009

WAJAH-WAJAH PENGGILAP PERMATA SKPN 2009

Salam bahagia..... kali ini kami paparkan wajah-wajah staf SKPN untuk tatapan semua..... Kami sayang Pekan Nanas......





30 June 2009

Sejarah

SEJARAH PERMATA DIDIK

SK PEKAN NANAS






















  • Ditubuhkan sejak tahun 2008 dan diterajui oleh 3 orang guru senior di SK Pekan Nanas iaitu Puan Hjh Noreha, Puan Arnizam dan Encik Mohd Halis.
  • Puan Hjh Noreha Bt Abdul Rahim merupakan guru pembimbing yang masih bersama dan merupakan tulang belakang kelab ini.
  • Pernah mendapat tempat ke-3 kategori Syarikat Terbaik Daerah Pontian seterusnya mewakili daerah Pontian ke peringkat Negeri pada tahun 2008
  • Menjalankan aktiviti jualan harian seperti makanan ringan ,menjual kad hari raya dan jualan khas hari guru .Syarikat ini mendapat keuntungan RM 1000 setahun.

  • Pada tahun 2009. kedua-dua senior telah berpindah dan kekosongan guru pembimbing telah diisi oleh dua orang guru aktif iaitu Puan Suraiti dan Puan Suhaila.
  • Bakal mewakili daerah Pontian pada tahun ini setelah memenangi 2 kategori iaitu tempat ke-3 kategori pembentangan dan tempat ke-2 kategori catur bistari.
  • Syarikat ini mempunyai ahli-ahli dan guru yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan kesungguhan dalam menggerakkannya.
  • Menjalankan aktiviti jualan harian dengan menjual roti sosej, dadih , roti sandwich dan makanan ringan yang berkhasiat dan memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM 18.00 sehari dan memiliki aset seperti kelengkapan dapur untuk memudahkan aktiviti jualan makanan dijalankan.
  • Mengambil peluang berniaga ketika hari sukan dan hari guru serta pernah mendapat keuntungan hampir RM 300 bagi satu jualan.
  • Mengendalikan pertandingan mewarna logo kelab didik dan mendapat sambutan hangat dikalangan murid-murid tahun 1 hingga 5.
  • Menjual majalah kuntum untuk murid-murid tahun 1 hingga 4.
  • Aktiviti-aktiviti jualan ketika hari sekolah ini dijalankan selepas waktu balik sekolah pada jam 12.30 tengahari.
  • Mempunyai pelanggan tetap dikalangan guru dan murid-murid SK Pekan Nanas serta mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbiran…… terima kasih semua….

HIDUP DIDIK!!!!

29 June 2009

Aksi Kami.. hehe

Aktiviti

Salam bahagia kepada murid-murid dan ahli Syarikat Permata Didik Sdn Bhd, SK Pekan Nanas.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang sempat kami jalankan di sekolah bermula bulan Mac hingga kini...... Terima kasih kepada semua warga SKPN yang banyak menyokong aktiviti didik sehingga kami tak menang tangan.......





















09 April 2009

Salam dari warga permata didik

Assalamualaikum w.b.r

Syukur alhamdulillah..Akhirnya lahir blog ini sebagai landasan untuk kami berkongsi maklumat dan pendapat.

Moga dapat diterima dengan hati terbuka